Tuesday, October 21, 2008

Aku ke Kuala Lumpur

Aku ke Kuala Lumpur bersama suamiku jumaat lepas 17 Oktober 2008.. 3 hari 2 malam kami berada di sana..
Kesempatan bersama suami adalah detik yang paling indah bagi diriku...
Aku ke sana tiada hotel yang indah menghiasi tidur kami, tiada pemandangan yang menarik yang menjadi tatapan kami... cuma sebuah bilik ringkas dan sangat menarik menjadi tempat kami beradu dan siaran television yang menjadi santapan mata kami..... Mm... maksudnya... kami hanya menumpang tidur umah abang suamiku jer.... Tiada perkara menarik yang kami lakukan cuma, suamiku sempat menyiapkan kerja2 baihpulih keta yang kupandu...

Mm..aku kembali ke perlis pada hari ahad...dan tiba pada jam 8.45 mlm.. alhamdulillah.. segalanya selamat....

Sekarang aku duk terbaring atas katil sambil termenung memikirkan exam yang akan berlangsung tak lama lagii..... Mm.. actually aku dah nak muntah duk mengadap buku jer sejak balik dari kuala lumpur....

Namun demikian.... aku mengharapkan kecemerlangan yang bakal menantiku....
Mudah-mudahan segala usahaku memperoleh kejayaan....
Amin...

Friday, October 10, 2008

Koleksi gambar sandingku






Aku selamat naik pealmin pada 19 Ogos 2008...
Angan2 aku nak naik pelamin terlaksana jugak akhirnya...
aku memilih tema warna ungu kerana warna tersebut memberikan ketenangan buatku..
Oren plak membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus hidup di alam baru ini....

Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah, mek, dan keluarga kerana bertungkus lumus menjayakan majlisku.. segala bantuan kalian takkanku lupakan sampai bila-bila..

Kapada Teman2 terutamanya roomateku kat kangar(Kak Mia), UUm(laila), dan Classmate 5Science2001 SMKC(Nazareena)..
Terima kasih kerana dorongan semangat dari kalian... sesungguhnya tanpa kalian semua ini mungkin takkan terlaksana...

Kepada classmate (kpli-mate2008-IPP)
Terima kasih juga kerana ucapan tahniah & ada yang sanggup meluangkan masa untuk menghadiri majlisku...(mariani,kak wani, kak sazlina, & kak mia).

Aku bergelar seorang ISTERI






Tangga 18 Ogos 2008, aku selamat bergelar seorang isteri kepada insan yang bergelar Mohd Shahiri bin Mohd Ghazali... Perasaanku?? Happy sudah tentu sekali.. Berdebar pun ada.. tak bersedia pun ada.. Bukan takut apa, aku cuma takut untuk berhadapan dengan dunia baru yang akan aku tempuh...

Namun, sekarang 11 Oktober 2008, aku selamat menempuh segala apa yang aku fikirkan... segalanya berjalan dengan baik... Dapat family baru satu perkara yang buat aku gembira.. ada lebih ramai yang akan take care aku... hepy sangat.. kepada kengkawan yang belum kawin lagi tu... kawin la cepat2... best dapat hidup dalam alam baru ni... setakat gaduh2 manja tu biasala... segalanya leh atasi nga jayanya..... ni aku ada serta gambar kawin aku banyak2 untuk tatapan korang.. biar ada rasa "rang" ckit nak kawin.hehehe....

Monday, October 6, 2008

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GALAH: WARGA BARU SK SG GALAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GALAH: WARGA BARU SK SG GALAH

Pengalaman Ngeri


Kembali ke IP.PERLIS

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... dapat juga aku kembali mencoret sesuatu di sini.. rindu rasanya hati ini... Hari ini aku kembali ke IPP dengan selamatnya... Aku juga masih lagi diberi nyawa untuk bersama-sama warga ipp berhimpun di medan perhimpunan mingguan... Aku juga berpeluang untuk menemui rakan-rakan seperjuangan di sini... Alhamdulillah.... aku masih lagi diberi peluang untuk menikmati semua itu.. Semalam, aku nyaris2 mengalami kemalangan jalan raya.. aku terbabas ke bahu jalan apabila cuba mengelak dari melanggar kereta Myvi yang tiba2 berhenti di depanku kerana kesesakan jalan... Segalanya berlaku dengan begitu pantas sekali.. ketika itu aku betul2 bela.. Pedal brek tidak kutekan... Nasibku sangat baik kerana suamiku sempat mengawal keadaan... alhamdulillah...semua dalam keadaan selamat... bacaan bismillah telah menyelamatkan aku... Aku sempat menyebut kalimah itu sebelum kejadian berlaku...



Sekarang aku selamat berada di meja dalam bilik bacaan dan mencatatkan kejadian itu....
Aku keseorangan saat ini... Namun, aku tetap hepy.....

Thursday, May 22, 2008

AKU YANG BERDOSA JUMAAT(23 MEI 2008)

Aku yang berdosa.....
Aku memang berdosa....
Mungkin dosa-dosa semalam
membuatkan aku menjadi seorang yang berdosa

Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah
Mungkin terlalu banyak aku melakukan dosa
Dosa kepada kedua ibu bapaku
Dosa kepada kawan2ku..
Dosa kepada guruku...
Dosa kepada ahli keluargaku...

Adakah segala dosa-dosa itu
dapat dimaafkan...
wahai ibuku...
Wahai ayahku....
Sesungguhnya daku banyak berdosa kepada kalian...
Aku sebagai anak yang tidak mengenal budimu...
Maafkan daku wahai ibu dan ayah...

Kepada para sahabatku...
Kepada kawan2ku...
Beribu ampun daku pohon
Jika aku telah melukaka hati kali....

maafkan aku....

Tuesday, May 20, 2008

hari yang terlalu hepi dalam sedih...

hari yang bahagia....
hari yang hepiii
hari yang menarik...
semonya ada kat aku....
tapi hari ni hari tension ckit....
tugasan banyak yang tak siap.....sedih la......

Mmm..ada 2hari jer lagi peluang untuk siapkan....

Tapi lepas ni aku akn bercuti sepuas2nya.....
seluruh malaysia aku nak jajah....
bermula ke kuantan, ke johor baharu,,, and seterusnya ke kuala lumpur... lepas tu ke kelantan....
jauhkan perjalananku....
bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan...
sekiann dulu untuk kali ni....

Daddyku sayang,tolongla....
pahami diriku..
jangan duk sibuk nga kereta jer....

Wednesday, May 14, 2008

aku dan si dia 15 mei 2008

tak lama lagi aku dan si dia akan berkahwin....
nampaknya aku akan tempuh dunia baru...
dunia yang jauh berbeza dari dunia aku sekarang...
So.. sebelum aku masuk ke alam tu, aku akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan zaman bujangku dengan kengkawan yang setia di sisi...
Mm..bila la agaknya aku dapat nak main futsal lagi ni???? bestla jugak walaupun tak reti...
Hey.. kengkawan, jom kita ke padang futsal lepaskan tension masing2....

SAAT-SAAT GETIR DI AKHIR SEMESTER

Assalamualaikum....

Alhamdulillah berjumpa kita kita lagi di laman ni....
Mm..sehingga hari ni, dah ada 5 tugasan yang perlu disiapkan sebelum cuti sem pada 24 mei 2008 nati..
so, aku diberi masa lebih kurang seminggu jer lagi.... Arrghhh!!!! ak tau dapat siappkan or tak???

Anyway, bak kata orang yang lebih mahir, belu cuba belum tahu....
I will be my best....

Mm, buat kali ni aku nak sertakan gambar aku yang zaman muda2 dulu... hehe....

hariku

hari ni tersangatla hepy....
tak tau naper???