Friday, August 7, 2009

AKU YANG JAUH DIPERANTAUAN

Hari ni 07/08/09... maka genap la lebih kurang 8 bulan aku berkhidmat di sk.Benawa, Baram,Miri,Sarawak...

Terlebih dahulu aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca kerana sudah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu yang bermakna di sini... Buat niatku utk berbuat demikian..tetapi aku tidak mampu mencoretkannya di sini... Sesungguhnya hanya Tuhan shj yang tahu betapa seksanya aku berada di sini...

Dulu...masa aku kecik2..aku pernah ke sungai dan bermandi manda di sana... aku juga pernah bermain2 air yang bertakung semasa hujan..mmg aku cukup hepy sangat time tu.. tapi itu aku hanya menganggap itu hanya salah satu permainan yang pernah aku lakukan semasa kecil...

Tapi siapa sangka... aku mengulanginya sekarang walaupun aku sudah dewasa... tetapi keadaannya berlainan.... air hujan adalah sumber air utama aku untuk makan,minum,mandi dan membasuh apa2 sahaja yang perlu dibasuh... ia bukan lagi sekadar tempat untuk aku bersukaria dan bermain.... Jika tiadanya hujan..maka resahlah hatiku tanpa air... Sungai juga bukan lagi tempat aku untuk bersantai dan bermain...tetapi ia adalah sumber air kedua apabila hujan tidak turun.... cuba kawan2 fikir... pernah tak korang menggunakan air hujan dan air sungai yang tidak dirawat sebagai sumber air utk keperluan harian???? Tentu sekali tidakkan????

setakat tu dulu la...aku penat dah menaip ni....
nati aku sambung lagi dilain waktu....

No comments: