Sunday, October 4, 2009

Sambutan Raya...20 september 2009

Assalamualikum Shahilaku sayang...
Sambutan raya tahun ni meriah.... ibu cukup hepi..
Tapi dalam kegembiraan itu... ada terselit kesedihan....
Ibu sedih sangat....yang terasa sangat dengan sikap suami ibu sendiri...

Hanya kerana sebungkus nasi...
Jiwa dan perasaan ibu hancur berkecai...
kalau diikutkan hati ibumu ini yang sakit...ingin rasanya ibu lari dan terus berlari tanpa dapat dikejar oleh daddy....
D....
Kenapa la dirimu begitu kejam terhadapku?????
Aku hanya inginkan sebungkus nasi untuk sarapan pagi...
Tapi... apa yang kau balas padaku????
Hatiku merajuk tidak kau pujuk...
hatiku menangis tidak kau peduli....

Sebaliknya....
Kau pula yang merajuk setelah daku berlari keluar rumah....
niatku hanya satu...
untuk tenteramkan jiwaku yang memberontak....
Sejuknya kelak... kembalilah daku...

Daku kembali dengan senyuman ingin berdamai...
Tetapi apa yang aku dapat????
Amukan yang tidak pernah aku lihat selama ni yang aku terima
dari insan yang teramat aku sayangi...

Aku terkejut dan menangis....
aku keluar sekali lagi untuk membawa hati yang lebih parah....
ke kfc aku tuju....
Tak tau kenapa???
Mungkin untuk mengimbas kembali kenangan bersamanya...

Sungguh....Hatiku masih bersamanya...
Aku terlalu merinduinya yang dulu...Yang lemah lembut dan romantik...
tidak pernah sekalipun suaranys keras itu kuar dari mulutnya suatu tika dulu.....
aku mula mencintainya kerana kesabarannya....

kini kesabaran itu sudah lenyap...
adakah kerana aku sudah bergelar isteri??
Tiada lagi ungkapan manis seperti dulu....

Tapi aku tetap seorang wanita yang bergelar isteri...
sayang..walaupun ibumu ini terlalu biadap...
tapi ibu ada sebab tersendiri....
maafkan ibu...
jangan jadi seperti ibu....
ibu sayang daddymu.....

ibu percaya daddymu juga sayangkan mama...
kerana daddymu datang jemput ibu di rumah...
walaupun permulaan Agak kekok...
tapi ibu terima dengan hati yang rela kerana ibu teramat menyayanginya...

Setakat ini dulu coretan ibu...
Ibu nak solat isyak dulu
Doakan kebahagiaan ibu.....

Ibu,,,,,mama
marisa
Kuarters Sk.Benawa,Baram,Sarawak...
8.02 pm 4hb oktober 2009.

No comments: